Kadang-kadang kita tidak tahu apakah tujuan dan peranan kita hidup di atas dunia ini. Kita tak tahu apakah hala tuju hidup kita.
Adalah amat penting bagi diri kita untuk sentiasa menjaga apa sahaja yang terlintas di dalam hati kita kerana kita tidak tahu adakah apa yang terlintas di dalam hati kita itu betul atau tidak.
Ketahuilah apa yang anda lihat di depan mata anda merupakan gambaran di dalam hati anda. Banyak kejahatan yang kita buat akan menutup cahaya di dalam hati kita membuatkan kita tidak tahu apakah perkara yang betul dan salah.
Kejahatan yang melampau akan menutup hati kita daripada menerima cahaya keimanan untuk menyinari hidup kita dengan keamanan dan kebenaran.
Selagi kita hidup dalam keadaan sebegini adalah mustahil untuk anda mengatasi apa yang ada dalam hati anda.
Carilah apa yang ada dalam hati anda barulah anda dapat menemui peranan anda dalam hidup anda.